
SEKOLAH SUKAN NEGERI PULAU PINANG 14100 SIMPANG AMPAT SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG
Sunday, 28 October 2012
kursus fasilitator sahabat PPDa Petronas

Friday, 26 October 2012

Apa Itu Stress?
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)
Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)
Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)
Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)
Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)
Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)
|
sumber:dr danial.com
Monday, 8 October 2012

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013
Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Aliran
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;- Pendidikan Teknikal
- Pendidikan Vokasional
- Latihan Kemahiran
- Pendidikan Asas Vokasional

Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik
- Perdagangan
- Sains Pertanian.
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Hospitaliti
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pertanian
Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
- Pemesin Am
- Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
- Juruteknik Automotif
- Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
- Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Furniture Maker
- Jurubina Bangunan
- Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
- Jurupaip
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
- Demi Chef
- Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
- Pendandan Rambut
- Jurukecantikan
- Juruteknik Akuakultur
- Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus
Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Kesihatan diri pemohon:
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Pendidikan Vokasional
- Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
Permohonan
- Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
- Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
- Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
- Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Temuduga
- Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
- Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.Pertanyaan & Maklumat
- Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
Baca di: http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2013/#ixzz28mB1tqCN
Under Creative Commons License: Attribution

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
KERJAYA
KERJAYA SEBAGAI SEORANG JURUTERBANG
Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan:
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.
SYARAT PERMOHONAN KADET JURUTERBANG
a) Warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun (ketika tarikh permohonan)
b) Lulus SPM/setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat enam
kepujian termasuk Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B4 atau B bagi subjek Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris yang diambil serentak, atau;
c)Diploma / Ijazah dalam bidang Kejuruteraan atau Sains (disiplin yang berkaitan) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 ke atas serta mendapat enam kepujian dalam SPM yang diambil serentak.
d) Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris
d) Mesti sihat dan cergas secara fizikal dan mental serta penglihatan yang baik (sekurang-kurangnya 6/60 tanpa menggunakan kanta mata, ketepatan 6/6) serta tidak buta warna.
e) Ketinggian sekurang-kurangnya 163cm (5 kaki 4 inci)
TEMPAT LATIHAN
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.
KERJAYA SEBAGAI SEORANG JURUTERBANG

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
KERJAYA SEBAGAI AHLI FORENSIK
DISKRIPSI TUGAS:
Mengunakan setiap kepakaran dalam bidang sains untuk menyelesaikan kes jenayah, mengesan penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan;
· menggunakan cap jari untuk mengesan penjenayah atau menentukan tarikh atau masa kematian,
· menggunakan analisis DNA,bahan bukti serta analisis peluru dan impak peluru
· menyiasat punca dan kesan jenayah serta kawasan berlaku jenayah.
KELAYAKAN :
Bagi calon lepasan Matrikulasi / Asasi :Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan :
· Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana
· dua (2) mata pelajaran berikut:
1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
IJAZAH:
Sarjanamuda Sains Forensik dengan Kepujian di USM,UKM,UiTM
STPM
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Pengajian Am
• Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Pengajian Am
• Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik T
4. Biologi
Prospek Kerjaya
· boleh berkhidmat dalam pasukan polis,
· imigresen atau kastam angkatan tentera.
· jabatan kimia,
· institut perubatan forensik dan unit forensik patologi.
· Syarikat pengawal keselamatan, bank,
· firma insurans dan firma penyiasatan

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
KERJAYA SEBAGAI AHLI FORENSIK
DISKRIPSI TUGAS:
Mengunakan setiap kepakaran dalam bidang sains untuk menyelesaikan kes jenayah, mengesan penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan;
· menggunakan cap jari untuk mengesan penjenayah atau menentukan tarikh atau masa kematian,
· menggunakan analisis DNA,bahan bukti serta analisis peluru dan impak peluru
· menyiasat punca dan kesan jenayah serta kawasan berlaku jenayah.
KELAYAKAN :

Thursday, 23 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)












