Friday 23 September 2011

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SENARAI TUGAS KAUNSELOR

Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan KAunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan KAunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
Menjadi personel perhubungan/seranta sekoalh dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
Menjadi Penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

No comments:

Post a Comment