Monday 8 October 2012



KERJAYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
KERJAYA SEBAGAI AHLI FORENSIK

DISKRIPSI TUGAS:
Mengunakan setiap kepakaran dalam bidang sains untuk menyelesaikan kes jenayah, mengesan penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan;
·  menggunakan cap jari untuk mengesan penjenayah atau menentukan tarikh atau masa kematian,
· menggunakan analisis DNA,bahan bukti serta analisis peluru dan impak peluru
· menyiasat punca dan kesan jenayah serta kawasan berlaku jenayah.

KELAYAKAN :

Bagi calon lepasan Matrikulasi / Asasi :Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan :
· Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana
· dua (2) mata pelajaran berikut:
1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik

IJAZAH:
Sarjanamuda Sains Forensik dengan Kepujian di USM,UKM,UiTM

STPM

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: 

• Pengajian Am 
• Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: 
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik T
4. Biologi

Prospek Kerjaya
· boleh berkhidmat dalam pasukan polis,
· imigresen atau kastam angkatan tentera.
· jabatan kimia,
· institut perubatan forensik dan unit forensik patologi.
· Syarikat pengawal keselamatan, bank,
· firma insurans dan firma penyiasatan








2 comments:

  1. assalamualaikum puan
    anak saya kini sedang mengikuti kursus asasi sains pertanian di UPM. sekiranya dia mencapai tahap kelayakan yg diperlukan, boleh ke dia memohon ijazah di universiti lain yang menawarkan kursus ijazah sains forensik.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi ialah saya mempunyai anak yg sekarang ni menunggu keputusan PT3, dia juga amat berminat dgn kerja sains forensik. Adakah kursus2 ada ditawarkan di mana2 Kolej Vokasional yang boleh melayakkan dia untuk menyambung pengajian dia di peringkat ijazah sains forensik. Segala bantuan dari puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

    ReplyDelete